Assalamu'alaikum waramatuhllahi
wabarakatuh..semua...
10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke
rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat Islam
seluruhnya. Berikut ialah kandungan
wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur,
mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan
rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-
kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi,
membuat persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur
fitnah, membuang tabiat kencing merata-
rata, memperbanyakkan solat Tahajjud
dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar,
meninggalkan maksiat dan nasihat
menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA
TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak
berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG
MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka
mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka
berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA
NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan
Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa, bersedekah secara terang-
terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT
PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha'
Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda,
berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi
para sahabat, dan bersaing dalam
mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah
kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan
membenci kemaksiatan.
Sampaikan kepada semua mereka yang
kita kenali agar ilmu ini tersebar dan
kita dapat bersama-sama mengamalkannya.
" Ya Allah... berilah petunjuk kepada
kami agar kami sentiasa berada lurus
di jalan Mu...Amin.."