MRSM TERENDAK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MRSM TERENDAK

Portal MRSM Terendak Untuk Semua Warga MRSM Terendak dan Ex-MRSM Terendak
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Pencapaian MRSM Melonjak..!!!!!!!!

Go down 
2 posters
AuthorMessage
mufazai

mufazai


Number of posts : 14
Age : 33
Registration date : 2007-03-13

Pencapaian MRSM Melonjak..!!!!!!!! Empty
PostSubject: Pencapaian MRSM Melonjak..!!!!!!!!   Pencapaian MRSM Melonjak..!!!!!!!! Icon_minitimeWed Mar 14, 2007 4:07 pm

cheers Pencapaian MRSM melonjak

Pelajar peroleh 1A semua mata pelajaran dalam SPM meningkat 200 peratus

MAKTAB Rendah Sains Mara (MRSM) mencatat sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 apabila 309 calonnya memperoleh 1A dalam semua mata pelajaran diambil, meningkat 200 peratus berbanding 103 pelajar pada 2005.

Peningkatan itu mewakili 3.06 peratus berbanding 1.65 peratus pada 2005.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, berkata bilangan pelajar mendapat A iaitu 1A dan 2A bagi semua subjek turut meningkat iaitu 1,066 atau 16.3 peratus, berbanding 553 atau 8.87 peratus pada 2005 iaitu peningkatan sebanyak 7.43 peratus.

Tahun ini, katanya, seramai 6,556 pelajar daripada 29 MRSM seluruh negara menduduki SPM dan berjaya mengekalkan prestasi cemerlang 100 peratus lulus.

MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka menurutnya, mencatatkan kelulusan terbaik dengan mencapai gred purata sekolah (GPS) 1.43.

Seramai 224 pelajar atau 54.2 peratus mendapat gred A iaitu 1A dan 2A bagi semua subjek diambil berbanding 120 pada 2005. Daripada jumlah itu, 99 calon mendapat 1A semua subjek diambil.

Beliau berkata, empat MRSM turut mencatatkan keputusan cemerlang dengan mencapai GPS bawah 2.00 iaitu MRSM Langkawi (1.56), MRSM Pengkalan Chepa (1.58), MRSM Taiping (1.59) dan MRSM Kuala Kubu Bharu (1.88).

“Pencapaian GPS keseluruhan tahun ini 2.11 berbanding 2.31 pada 2005.

“Daripada 29 MRSM, 27 atau 93.1 peratus mencapai sasaran ditetapkan dengan mendapat GPS di bawah 2.50 berbanding 17 MRSM (60.7 peratus) pada 2005.

“Manakala 22 MRSM (75.9 peratus) lagi mencatatkan peningkatan dalam pencapaian GPS,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin dan Pengarah Bahagian Pendidikan serta Latihan Pelajar (Menengah), Md Rahim Salim.

Lebih membanggakan lagi, Abdul Hamid berkata, beberapa MRSM memperoleh pencapaian 100 peratus gred A dalam enam subjek iaitu MRSM Kuala Krai dan Transkrian, Perak (Bahasa Melayu).

MRSM Taiping, MRSM Langkawi, MRSM Kuala Krai, MRSM Terendak, MRSM Mersing, MRSM Pontian, MRSM Yayasan Terengganu Besut (MRSM YT Besut) dan MRSM Jeli masing-masing mencatatkan 100 peratus A bagi subjek Matematik.

MRSM YT Besut mencapai 100 peratus bagi subjek Pendidikan Agama Islam. MRSM Muadzam Shah, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Mersing, MRSM Terendak, MRSM Transkrian, MRSM Langkawi, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Kuala Krai dan MRSM Batu Pahat mencatatkan semua A (Prinsip Perakauan).

Bagi subjek Reka Cipta pula, tujuh MRSM mencatat keputusan 100 peratus iaitu MRSM Taiping, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Kuala Krai, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Transkrian dan MRSM Langkawi.

MRSM Beseri, MRSM Kota Kinabalu, MRSM Kuching, MRSM Kota Putra, MRSM Kuala Berang, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM YT Besut, MRSM Kuala Lipis, MRSM Pontian, MRSM Langkawi, MRSM Transkrian, MRSM Batu Pahat, MRSM PDRM Kulim dan MRSM Lenggong masing-masing mendapat 100 peratus A (Pendidikan Seni Visual).

Dalam keputusan SPM kali ini, Abdul Hamid berkata, 11 subjek mencatat peningkatan peratus gred A iaitu Bahasa Melayu (6.0 peratus), Pendidikan Islam (2.9 peratus), Matematik (0.4 peratus), Matematik Tambahan (4.4 peratus), Fizik (1.3 peratus), Kimia (8.6 peratus), Biologi (3.5 peratus), Prinsip Perakaunan (10.3 peratus), Reka Cipta (0.6 peratus) Bahasa Inggeris Sains dan Teknologi (24.8 peratus) dan Pendidikan Moral (0.5 peratus).

Mengulas keputusan itu, beliau berkata, pihaknya berbangga atas kecemerlangan ditunjukkan pelajar.

Kecemerlangan itu katanya, adalah kesinambungan kejayaan lalu dalam usaha mengangkat martabat Mara dalam bidang pendidikan.
Back to top Go down
http://www.friendster.com/mufazai
is150

is150


Number of posts : 29
Age : 44
Localisation : Bandar Seri Putra
Registration date : 2007-06-13

Pencapaian MRSM Melonjak..!!!!!!!! Empty
PostSubject: Re: Pencapaian MRSM Melonjak..!!!!!!!!   Pencapaian MRSM Melonjak..!!!!!!!! Icon_minitimeFri Nov 02, 2007 7:18 am

Tahniah MRSM Terendakz
Back to top Go down
http://is150.net/diari
 
Pencapaian MRSM Melonjak..!!!!!!!!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» mrsm terendak no 1 pmr
» Re-UNION EX-MRSM TERENDAKz PMR 93/SPM 97
» Pembukaan Portal MRSM Terendak
» KiSAH2 MISTERI MRSM TERENDAK..
» Majlis Anugerah Kecemerlangan MRSM Terendak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MRSM TERENDAK :: Community Zone :: Isu Semasa @ MRSM Terendak-
Jump to: